Tentang Syarikat

ALAF KORIDOR SDN BHD telah memulakan perkhidmatannya sebagai penyedia perkhidmatan kawalan serangga dan makhluk perosak sejak tahun 2007.

Keutamaan kami adalah KAWALAN SERANGGA DAN MAKHLUK PEROSAK, PERKHIDMATAN HYGIENE / HEALTHCARE DAN FUMIGASI.

ALAF KORIDOR SDN BHD memberikan keutamaan tinggi kepada para pelanggan, pembekal, kakitangan dan pemegang saham bagi memastikan syarikat berkembang maju dan terus berdaya saing di pasaran

Abad 21 pastinya akan membawa lebih banyak inovasi, perkhidmatan baru dan teknologi terkini. ALAF KORIDOR SDN BHD akan terus mempersiapkan diri sebagai persediaan untuk memimpin pasaran yang penuh persaingan

Objektif syarikat adalah untuk memperluaskan asas pelanggan dengan harga yang kompetitif dan keupayaan untuk menjangka kehendak pasaran dan mampu melabur dalam teknologi baru serta perkhidmatan selepas jualan yang cemerlang dan progresif.

 

ingin dapatkan Perkhidmatan kami?

Close Menu